Silat Cekak Pusaka Hanafi: Anugerah Penggiat Seni Bela Diri YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Anugerah Penggiat Seni Bela Diri YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi

16 November 2023, Alor Setar – Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden kami YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Penggiat Seni Bela Diri di Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah 2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kedah

Kami dari Keluarga Pusaka Hanafi berbangga diatas kejayaan yang telah dikecapi. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat seluruh ahli untuk terus membawa nama Pusaka Hanafi ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kebijaksanaan Mengatasi Kepantasan”