Sistem Mata Pelajaran Silat Cekak

Silat Cekak Pusaka Hanafi dilengkapi dengan pakej pembelajaran supaya penuntutnya mampu bertanggungjawab mempertahankan diri sendiri. Dalam mempraktikkan silat, objektif utama ialah berjaya mempertahankan diri, sama ada ketika diserang ataupun ketika terpaksa untuk menyerang.

berdiri lurus

Silat Cekak Pusaka Hanafi dilengkapi dengan pakej pembelajaran supaya penuntutnya mampu bertanggungjawab mempertahankan diri sendiri. Dalam mempraktikkan silat, objektif utama ialah berjaya mempertahankan diri, sama ada ketika diserang ataupun ketika terpaksa untuk menyerang.

Namun begitu, Silat Cekak Pusaka Hanafi lebih menitikberatkan untuk memulakan pelajaran dengan menunggu serangan. Taktik atau teknik menyerang hanya diajar pada penghujung silibus pembelajaran sahaja. Tujuan utama sistem pelajaran sebegini adalah kerana Silat Cekak Pusaka Hanafi ingin melahirkan penuntut yang bersifat berani dan bukannya garang.

Pendirian Berdiri Lurus

Terdapat pelbagai cara dan gaya berdiri yang digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan dalam seni mempertahankan diri. Bagi Silat Cekak Pusaka Hanafi, berdiri lurus adalah kaedah yang dipraktikkan semasa menghadapi serangan.

Modul 1

Peringkat Buah Asas

Pada peringkat ini penuntut akan diajar membuat buah menggunakan kaedah asas yang telah diajar tetapi belum sampai ke peringkat menjatuhkan lawan. Ia melibatkan pergerakan kaki dan tangan untuk mematahkan serangan musuh.

Modul 2

Peringkat Buah Jatuh

Peringkat buah jatuh adalah sambungan kepada peringkat buah asas. Pada peringkat ini, penuntut akan diajar teknik pemakan dan kuncian yang lengkap dan sempurna.


Modul 3

Peringkat Buah Potong

Pembelajaran peringkat buah potong dimulakan selepas semua mata pelajaran peringkat buah jatuh telah dikuasai oleh penuntut. Penuntut akan diijazahkan kembali oleh Guru Utama sebelum memulakan pelajaran peringkat potong ini.

Segala pelajaran dalam peringkat ini dan seterusnya dilaksanakan secara tertutup serta tidak boleh dipertontonkan kepada pihak umum.

Segala pelajaran yang disampaikan hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja dan tidak boleh diajar kepada mereka yang bukan ahli. Kesenian kaedah peringkat potong ini akan dapat menghuraikan teknik-teknik serangan atau gerak yang digunakan musuh.

Modul 4

Peringkat Tamat

Setelah selesai mempelajari kesemua silibus diperingkat buah potong, penuntut perlu menjalani Majlis Ijazah Tamat bersama Guru Utama.

Semasa Majlis Ijazah Tamat ini juga akan diadakan satu sesi yang mana penuntut dibenarkan bertanya mengenai kaedah-kaedah persilatan.

‘Bertanya’ dalam tafsiran silat, atau sekurang-kurangnya dalam tafsiran Silat Cekak Pusaka Hanafi, ialah untuk menyakinkan penuntut terhadap kebaikan kaedah-kaedah yang telah mereka pelajari dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi.



Buah Serang

Buah serang diajar kepada setiap penuntut selepas tamat semua sistem matapelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi. Inilah masanya penuntut didedahkan dengan cara serangan iaitu dengan konsep apabila Cekak menyerang jika musuh mengelak pasti kena, dan jika musuh menangkis pasti akan memakan balik dan atau menangkapnya

Selain itu, pada peringkat ini juga, barulah penuntut dibenarkan memakai pakaian lengkap (seragam) Silat Cekak Pusaka Hanafi sekaligus menandakan bahawa mereka telah bersedia untuk mempertahankan diri.

Buah Umum

Bagi memudahkan penuntut untuk memahami serta mengaplikasikan segala kaedah persilatan yang telah dipelajari, Almarhum Ustaz Hanafi telah menghasilkan mata pelajaran buah umum. Peringkat buah umum ini asalnya tidak terdapat semasa Almarhum Ustaz Hanafi mengambil balik silat ini.

Pada peringkat ini penuntut akan ditunjukkan cara-cara untuk menggunakan sistem mata pelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam menghadapi pelbagai serangan musuh semasa bertempur.

Senarai nama buah

Terdapat 21 buah dalam Silat Cekak: