Pemimpin Agung

YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad

Ustaz Hanafi

Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad merupakan Pengasas Silat Cekak.

Silat Cekak telah dizahirkan oleh Ustaz Hanafi Hj. Ahmad pada 5 Ramadan 1385H (28 Disember 1965).

Beliau memodenisasikan seni budaya persilatan dengan idealisme warisan perlu seiring dengan arus budaya semasa tanpa membuang ciri ciri peradabannya.

Perjuangan beliau untuk menjadikan Silat Cekak sebagai institusi pembangunan insaniah terulung buat bangsa Malaysia.

Teras utama perjuangan beliau adalah untuk membasmi segala tahyul dan khurafat yang sinonim dengan ilmu persilatan serta untuk mendaulatkan seni budaya bangsa ke tahap yang lebih tinggi.