Makna Cekak

Makan Cekak

Merupakan peribahasa Melayu Kedah yang membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Jelasnya silat ini adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

Secekak

Bermaksud segenggam. Bermakna silat ini mengajar yang segenggam bukannya yang segantang. Ini bermakna pelajaran silat ini merupakan ilmu intisari persilatan sahaja (segenggam) bukannya cabang silat yang banyak (segantang).

Cekak

Dalam bahasa Minangkabau bermaksud gaduh.. Tetapi bukan tujuan utama silat ini untuk bergaduh akan tetapi ia boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri di dalam pergaduhan.

Cekak

Dalam bahasa Jawa bererti ringkas. Silat ini mudah dipelajari melalui sistem pelajaran yang teratur dan ringkas. Tidak perlu mengelak ke kiri dan ke kanan, hanya berdiri lurus ketika menunggu serangan dan bergerak di dalam gerak yang satu.

Cekak

Bererti pegangan, iaitu silat ini mempunyai pendirian, pegangan dan tujuannya tersendiri yang jelas. Mempelajari silat bukan untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh, mengikut nafsu tetapi sebenarnya untuk menjaga diri, bangsa dan agama.