Latar Belakang

Silat Cekak

    • Asal usul silat ini dari Kedah.

 

    • Sekitar tahun 1804 Silat Cekak merupakan seni beladiri ekslusif yang hanya diamalkan oleh para
      panglima kanan istana Kedah.

 

    • Dizahirkan kembali pada 28 Disember 1965 oleh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad.

 

    • Silat Cekak yang dikembangkan beliau telah diapdatasikan bagi bersesuaian untuk dipraktikkan di zaman moden tanpa menyisihkan ciri ciri asli peradaban seni budayanya.

 

    • Sistem pembelajaran Silat Cekak disusun secara sistematik dan dinamis.

 

    • Mudah dipelajari dan dipraktikkan serta diajar secara berpakej dan memberi penekanan khusus
      kepada asuhan jasmani dan rohani.

 

    • Kini dijenamakan sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi merupakan satu satunya warisan ilmu Silat Cekak yang mempunyai susur galur sanad perguruan asli dan sah.

 

    • Di bawah teraju Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak.

 

  • Silat Cekak Pusaka Hanafi kini diamalkan oleh hampir 200 000 pesilat seluruh dunia.