Pewaris Mutlak Silat Cekak

YM Background biru

Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi merupakan anak ke-4 Almarhum Ustaz Hanafi dan merupakan Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Beliau adalah Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dan merupakan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Beliau telah mendapat mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak pada tahun 1993.

Bagi memastikan keaslian dan mutu ilmu Silat Cekak berkekalan zaman berzaman beliau telah menjenamakan warisan ini sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Atas sumbangan cemerlang beliau dalam usaha pembangunan kebudayaan serta pembentukan modal insan berkualiti, beliau telah memperoleh pelbagai bentuk pengiktirafan antaranya :

Institusi Perguruan Silat Cekak

  • 2012

    Ijazah Doktor Kehormat dan anugerah MERIT OF EXCELLENCE oleh Asian Pasific Open Universiti of Martial Arts (APACMA).

  • 2015

    Penganugerahan Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) (Kedah).

  • 2016

    Penganugerahan Pingat Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.) (Wilayah Persekutuan).

  • 2021

    Penganugerahan Tauliah Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.