Silat Cekak Pusaka Hanafi: Sambutan Hari Silat Cekak ke 58

Silat Cekak Pusaka Hanafi: Sambutan Hari Silat Cekak ke 58.

Silat Cekak Pusaka Hanafi kini diterajui oleh YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi, yang merupakan anak ke-4 kepada pengasas Silat Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad

YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi memperoleh mandat melalui sanad & salasilah perguruan (persilatan) yang sah pada 19 Mei 1993. Dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Penggiat Seni’ pada tahun 2013 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL), dan juga anugerah Doktor Kehormat daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) pada 2012 (juga merupakan ahli senat APACMA), membuktikan ketokohan beliau dalam memimpin sesebuah masyarakat.

Antara anugerah lain yang diterimanya adalah:

1.Penganugerahan watikah Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Ikon Masyarakat APM pada tahun 2021
2.Pemenang Anugerah Penggiat Seni Bela Diri di Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah 2023 (JKKN Kedah)

Sebagai Pewaris Mutlak kepada perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, beliau amat yakin bahawa Silat Cekak Pusaka Hanafi ini dapat dikembangkan dan dimajukan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa.

“Kebijaksanaan Mengatasi Kepantasan”