Rumah Terbuka Aidilfitri Silat Cekak Pusaka Hanafi

Rumah Terbuka Aidilfitri Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Rumah Terbuka Aidilfitri Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia meriah dengan kehadiran oleh para ahli dari seluruh Malaysia bersama ahli keluarga masing – masing.

Dengan mengenakan tema baju melayu dan baju kurung, majlis sambutan hari raya kelihatan seragam dan indah bagi menanamkan rasa kasih terhadap kebudayaan Melayu di kalangan para ahli.

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran tetamu-tetamu kehormat bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya kali ini terutamanya

YBrs. Encik Mohd Amran Mohd Haris, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,

Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan,

Tuan Hj. Mohammad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik Kementerian Kesihatan,

Tuan Nurul Azhar bin Husin, Pengarah Negeri JPPM Selangor,

YBrs. Tuan Haji Mesran bin Mohd Yusop,  Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara

Terima kasih juga kepada barisan kepimpinan YDP, MEN  serta Keluarga Pusaka Hanafi dari seluruh negara yang turut memeriahkan majlis pada kali ini.