WORLD RECORD HOLDER FOR

LARGEST SILAT LESSON

dengan jumlah seramai 12,393 ahli yang dipimpin oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak Dr. Md Radzi Bin Hanafi

Pewaris Mutlak Silat Cekak

Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui oleh YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj Hanafi, yang merupakan anak keempat kepada pengasas Seni Silat Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad. Memperoleh mandat melalui sanad & salasilah perguruan (persilatan) yang sah pada 19 Mei 1993.

  • Sejak 1993

    Presiden merangkap Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi

  • 12,393

    Pesilat yang dipimpin dalam Rekod Dunia – Pembelajaran Silat Terbesar

Pencapaian & Anugerah

  • Menerima Anugerah Gagah Perkasa
  • Anugerah Tokoh Penggiat Seni 2013
  • Anugerah Doktor Kehormat APACMA
  • Anugerah Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) tahun 2015 dari Sultan Kedah
  • Anugerah Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah  (J.M.W) tahun 2016 dari SPB Yang di  Pertuan Agong
+ BACA SEMUA

PENGASAS / PEMIMPIN AGUNG SILAT CEKAK

Perjuangan menuntut kemerdekaan mengimbau jiwa nasionalisme Ustaz Hanafi memperjuangkan hak budaya bangsa Melayu. Bidang yang sesuai dengan jiwanya sebagai anak watan Melayu ialah bidang persilatan Melayu. Ustaz Hanafi yakin bahawa orang Melayu juga mempunyai seni beladiri yang tidak kalah mutunya dibandingkan dengan seni beladiri bangsa lain. Kajian yang terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai seni beladiri orang Melayu. Ustaz Hanafi juga merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan harapan dan keyakinan baru kepada Silat Melayu khususnya Silat Cekak supaya dipelajari oleh orang Melayu sendiri sebagai warisan budaya bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

  • 1965

    Tahun beliau menzahirkan kembali Silat Cekak pada, 28 Disember setelah 40 tahun terpendam.

  • 1986

    Beliau kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos

Pencapaian & Anugerah

  • Mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.
  • Memperkenalkan Silat Cekak di institusi pengajian tinggi
  • Anugerah Tokoh Seni 2012
+ BACA SEMUA

KAMI ADALAH PEMEGANG REKOD DUNIA

Silat Cekak Pusaka Hanafi telah berjaya mencatat Rekod Dunia pada 29hb Ogos 2015 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia, dengan dipimpin oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, Dr Hj Md RadziI Bin Hanafi.

  • no 1

    Rekod dunia "The Largest Silat Lesson' yang pertama yang telah diterima oleh kumpulan Silat

  • 12,393

    Jumlah bilangan penyertaan ahli SCPH dari seluruh Malaysia.

Rekod Dunia 'Largest Silat Lesson'

  • Dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
  • Kejayaan juga bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan juga sambutan 50 tahun Seni Silat Cekak di negara ini.
  • Simbol keagungan bangsa Melayu dan lambang kekuatan negara.
+ BACA SEMUA

KENALI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI

Pergerakan Silat Cekak adalah berdasarkan pergerakkan semulajadi manusia dan juga bersih daripada amalan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama islam.Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah mempertahankan diri dan menyerang tanpa memerlukan tenaga yang luarbiasa.

  • 6 - 8

    Cekak diajar secara berpekej dan berkumpulan dan selalunya memerlukan diantara 6 - 8 bulan untuk tamat dengan kelas sebanyak 2 kali seminggu.

  • 21

    Silat Cekak mempunyai sebanyak 21 buah

Ciri-ciri dan Kelebihan SCPH

  • 21 buah matalpelajaran yang mudah untuk dipelajari
  • Sesuai untuk wanita
  • Konsep 99% mempertahankan diri, 1% menyerang
  • Tidak berkuda-kuda, tiada bunga dan tidak mengelak apabila menghadapi serangan
+ BACA SEMUA

February 20, 2016 / Canang

PENGUMUMAN RASMI

Adalah dengan ini dimaklum dan diperakukan bahawa YM Syeikh Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi (seperti gambar di atas) adalah merupakan Guru Utama kepada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dan beliau adalah secara rasminya mewakili pertubuhan ini dengan gelaran ‘Pewaris Mutlak Silat Cekak’. Adalah sangat dikesali, apabila dewasa ini terdapat sesetengah

+ Baca Semua

February 20, 2016 / Canang

PESAN GURU

Pesan Guru “Jika Mursyid tiada Siddiq, sifatnya penipu & putar belit semata mata. Jika Siddiq tiada Mursyid, Bodoh ditipu oleh iblis dan konco konconya..” “Hendaklah kita Siddiq Bercakap, Siddiq Perbuatan dan Siddiq Iktikad” “Kita dilahirkan tidak membawa pakaian..Kalau ada sehelai pakaian, kita masih beruntung.” “BERUNTUNG, Beruntung tidak pernah melihat Nabi s.a.w, tetapi YAKIN kepada Nabi

+ Baca Semua

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Pusaka Hanafi) merupakan sebuah persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, yang menjadi jentera penggerak dalam menyampai dan mengembangkan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di peringkat Malaysia.

29.08.2015

Mencipta rekod dunia bagi kategori Largest Silat lesson.

40

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Kedah

Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

23.5.1993

YM Tuan Guru Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi telah disempurnakan pengistiharanya sebagai Guru Utama Silat Cekak

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi

- Surah Al-Anfal, Ayat 60 -

Hubungi Kami

19-1, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Phone / Fax: +603 4106 2177