Silat Cekak Pusaka Hanafi: Seni Bela Diri Tradisional Malaysia
Silat Cekak ialah salah satu daripada seni bela diri Melayu (silat) yang diamalkan di Malaysia. Ia didakwa berasal dari Kedah dan diamalkan oleh panglima Kesultanan Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II. Silat ini berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah (PSSB) yang ditubuhkan pada Februari 1964, kemudiannya ia digagaskan oleh Ustaz Haji Hanafi Ahmad pada Disember 1965. Pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah ditubuhkan oleh Haji Hanafi.
Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah salah satu seni bela diri tradisional yang unik dan menarik di Malaysia. Ia bukan hanya teknik pertahanan diri, tetapi juga merupakan sebahagian daripada warisan budaya negara ini. Dalam artikel ini, kami akan membawa anda dalam perjalanan mengenal pasti Silat Cekak Pusaka Hanafi, dari asal usulnya hingga teknik-teknik uniknya yang memukau.
Sejarah Silat Cekak Pusaka Hanafi
Silat Cekak berasal dari Kedah. Silat ini dipercayai muncul selepas kedatangan Islam di negeri tersebut. Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail suatu ketika pernah mengalahkan seorang Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said). Selepas 40 tahun, Ustaz Haji Hanafi mewarisi ilmu persilatan ini daripada Yahya Said.
Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kampung Bumiputera dan Kampung Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
Kini Silat Cekak Pusaka Hanafi di gerakkan oleh YM Syeikh DR.Hj Md Radzi bin Hj Hanafi sebagai Guru Utama. YM Syeikh Dr. Hj. Md Radzi bin Hj Hanafi merupakan putera keempat kepada Pengasas dan Pemimpin Agung Silat Cekak, Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj. Ahmad.
Teknik-Teknik Silat Cekak Pusaka Hanafi
Salah satu ciri khas Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah teknik-tekniknya yang unik dan menakjubkan. Ia menggabungkan gerakan lembut dan kuat dengan jurus-jurus berputar yang elegan. Dalam artikel ini, kami akan mengupas beberapa teknik utama Silat Cekak Pusaka Hanafi dan bagaimana ia membezakan dirinya daripada seni bela diri lain.
Keunikan silat cekak adalah sambil menyerang sambil menangkap. Buah-buah ini diajar dalam peringkat asas, jatuh dan potong
Buah Pertama
Buah Keputusan Gayung Patani
Buah Keputusan Sendeng Atas
Buah Kilas Belakang
Buah Kilas Hadapan
Buah Kidong Kiri
Buah Kuntau Jatuh
Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
Buah Kuntau Kanan Gantung
Buah Hentak @ Keputusan Silat Harimau
Buah Ali Patah Atas
Buah Ali Patah Sudah
Buah Selendang
Buah Gari & Gari Gunting
Buah Paras
Buah Keputusan Pasung Kemanga
Buah Keputusan Terlak
Buah Keputusan Lintau
Buah Hempok
Buah Luncur
Buah Siku Potong
Guru Silat Cekak Pusaka Hanafi Terkenal
YM Syeikh Dr. Hj. Md Radzi bin Hj Hanafi merupakan putera keempat kepada Pengasas dan Pemimpin Agung Silat Cekak, Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj. Ahmad. Bondanya, Puan Hajjah Maimunah binti Othman atau lebih mesra dengan panggilan Mak Teh. Beliau dilahirkan pada tanggal 3 Ogos 1961 di Batu 3 3/4 Jalan Gunung, Alor Setar, Kedah Darul Aman dan mendapat pendidikan formal sekolah rendah dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur.
YM Syeikh DR Hj. Md Radzi bin Hj Hanafi mula berkhidmat secara sepenuh masa dalam kegiatan persilatan apabila beliau menjadi tenaga pengajar Silat Cekak sejak tahun 1981. Beliau juga diberikan kepercayaan menjadi Penyelia Kelas Silat Cekak di Selangor, Terengganu dan Johor. Pengalaman ini memberi peluang kepadanya mempelajari hal ehwal pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi persilatan.
Budaya Seni Bela Diri Malaysia Silat Cekak Pusaka Hanafi
Selain dari aspek teknikalnya, Silat Cekak Pusaka Hanafi juga memainkan peranan dalam budaya Malaysia. Ia telah menjadi sebahagian daripada persembahan seni rakyat dan acara-acara tradisional. Kami akan meneroka bagaimana Silat Cekak Pusaka Hanafi mempengaruhi budaya dan seni bela diri di Malaysia.
Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah seni bela diri yang mempunyai sejarah dan keindahan tersendiri. Ia memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia dan merupakan warisan yang patut dikekalkan. Dengan mengenal pasti Silat Cekak Pusaka Hanafi, kita dapat lebih menghargai kekayaan seni bela diri tradisional Malaysia dan meneruskan tradisi ini untuk generasi akan datang.