Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi merupakan anak ke-4 Almarhum Ustaz Hanafi dan merupakan Pewaris Mutlak Silat Cekak.
Beliau adalah Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dan merupakan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi.
Beliau telah mendapat mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak pada tahun 1993.
Bagi memastikan keaslian dan mutu ilmu Silat Cekak berkekalan zaman berzaman beliau telah menjenamakan warisan ini sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi.