SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG
Salam Satu Suara, Satu Hati.
Alhamdulilah, segala pujian dirafakkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpahan rahmatNya, Persatuan Srikandi Profesional Malaysia atau ringkasnya, SrikandiPRO, telah berjaya didaftarkan pada 52 Februari 2014 dan majlis perasmiannya dapat dilaksanakan pada 5 November 2016 setelah berbulan-bulan dirancang dengan penuh rapi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana yang diterajui Dr. Nor Fazlin Binti Mohd Ramli selaku Pengarah Program. Alhamdulillah, segala jerih payah, penat lelah barisan jawatankuasa ini dalam persiapan majlis akhirnya terbalas dengan kejayaan penganjuran majlis perasmian SrikandiPRO.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga buat Yg Berhormat Datuk Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayan atas kesudian beliau untuk turut memeriahkan majlis dan merasmikan SrikandiPRO. Moga dengan sokongan Yg Berhormat Datuk, SrikandiPRO dapat bergerak seiring dengan pertubuhan-pertubuhan wanita dan badan-badan bukan kerajaan yang lain berlandaskan Dasar Wanita Negara.
Dengan penubuhan SrikandiPRO, adalah menjadi harapan agar SrikandiPRO dapat berkolaborasi secara menyeluruh dengan masyarakat luar dan badan-badan berkatan dalm membantu usaha kerajan memperkasakan peranan wanita dan belia dalam segenap aspek pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. InsyaAllah.
Srikandi Sinar Pencetus Inspirasi.
Pn. Hajah Mazita Binti Haji Mohd Saleh
Pengerusi
Persatuan Srikandi Profesional Malaysia