Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Bersempena Syawal yang mulia ini, YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak dan Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, bersama barisan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Pusaka Hanafi menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas nikmat kemenangan setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh keberkatan.
Seiring dengan perutusan khas beliau, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan ruang untuk kita kembali kepada fitrah, memperkukuhkan ukhuwah, menyemai nilai kemaafan serta memperteguh kesatuan hati dalam sebuah perjuangan yang berteraskan adab, kesetiaan dan semangat persaudaraan.
Dalam mendepani cabaran semasa, marilah kita bersama-sama menghayati pesanan agar sentiasa berfikiran matang, mengamalkan sikap tabayyun serta menjaga akhlak dalam setiap tindakan.
Semoga Syawal ini menjadi titik penyatuan hati, memperkukuhkan saf serta membaharui tekad dalam memartabatkan warisan seni silat ini agar terus mekar dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
#SelamatHariRayaAidilFitri
#MaafZahirDanBatin
#1447H #2026
#SilatCekakPusakaHanafi #MalaysiaMadani #KebijaksanaanMengatasiKepantasan #PusakaHanafi #wargapusakahanafi #pewarismutlaksilatcekak


