Segitiga melambangkan keselamatan.
Merah melambangkan keberanian.
Perisai melambangkan ketahanan jatidiri.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi menyematkan nilai keberanian dan ketahanan jatidiri kepada para pengamal dalam menjaga keselamatan berdasarkan prinsip yang dipelajari daripada 21 buah matapelajaran SCPH.”
Tulisan Rumi melambangkan kemodenan.
Tulisan Jawi melambangkan khazanah Melayu.
Biru Gelap melambangkan keharmonian jasmani dan rohani.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi mempunyai misi untuk memartabatkan khazanah budaya Melayu seiringan dengan arus perdana pasca-globalisasi, sekaligus misi untuk menerbitkan generasi yang baik dari segi jasmani dan rohani.”
Garis Jalur melambangkan perpaduan.
Merah & Putih melambangkan patriotism.
Struktur Lengkung melambangkan keutuhan.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi menerapkan semangat cintakan Negara dan menegaskan nilai perpaduan merupakan teras kepada keutuhan Negara dalam menghadapi cabaran anasir luar.”
Bulatan melambangkan teras utama.
Putih melambangkan keaslian.
Kuning melambangkan kedaulatan.
Hijau melambangkan keluhuran.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui oleh teras utama yang terjamin keasliannya, kedaulatannya dan keluhurannya.”
Parang Lading melambangkan anugerah. “Silat Cekak Pusaka Hanafi mengesyorkan kasih Ibu, Bapa dan Guru merupakan anugerah tidak ternilai dan wajib untuk mengenang jasa serta mempertahankan mereka.
Penggunaan Parang Lading yang lazimnya dikaitkan dengan negeri Kedah Darul Aman membenarkan asal-usul SCPH.”
Segemal melambangkan Cekak
Padi melambangkan keperketian.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi pada zahirnya adalah ilmu mendidik keperketian sesuai dengan pepatah “resmi padi semakin berisi semakin tunduk” baik pada pengertian
jasmani dan rohani. Jelapang Padi yang lazimnya dikaitkan dengan negeri Kedah Darul Aman membenarkan asal-usul
SCPH.”
Ahmad Muhammad melambangkan kemuliaan.
Biru Gelap melambangkan keharmonian jasmani dan rohani.
“Silat Cekak Pusaka Hanafi pada batinnya adalah ilmu pengertian gerak.”