Senjata Rasmi Silat Cekak

Parang Lading adalah senjata rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi yang merupakan senjata asli Melayu yang khas digunakan
untuk mempertahankan diri khususnya oleh Panglima Kanan Kerajaan Negeri Kedah semasa zaman pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin (1854 ~ 1879). Pembuatan senjata ini adalah unik oleh kerana ia dibuat berdasarkan ukuran beberapa
bahagian pada anggota pemilik lading tersebut.