1

Pengenalan

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka USTAZ Hanafi MALAYSIA

Silat Cekak merupakan salah satu cabang ilmu persilatan yang terbesar di dunia Ia telah dizahirkan kembali pada 28 Disember 1965 oleh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad selaku Pengasas dan Pemimpin Agung Silat Cekak yang telah mengadaptasikan seni budaya persilatan untuk dijadikan platform pembentukan modal insan taraf glokal pasca globalisasi.

Bagi memastikan keaslian dan mutu Silat Cekak sentiasa terjamin Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak telah menjenamakan warisan ini sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi yang digerakkan oleh Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (terdiri daripada 13 persatuan negeri serta 3 kelab luar negara (Australia, United Kingdom & Arab Saudi) membentuk persatuan bersekutu dan mempunyai keahlian sekitar 78,070 orang serta 211 kelas persilatan yang bergerak serentak di seluruh dunia.

Silat Cekak Pusaka Hanafi merupakan satu satunya organisasi silat yang telah beberapa kali menempa nama di dalam Malaysia Book of Records dan juga julung kali di dalam Guinness World Records.

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM) terdiri daripada:

Negeri
0
Negara
0
Kelas Persilatan
0
Ahli Aktif
0

United Kingdom

Australia

Arab Saudi

2023 @ Laman Rasmi Persekutuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia