Persekutuan Seni Silat Pusaka Hanafi Malaysia

PERSATUAN

Satu persekutuan, tersebar di serata dunia.

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia menghimpunkan 13 persatuan negeri dan 3 kelab luar negara — digerakkan oleh nilai, falsafah dan identiti yang sama di setiap cawangan.

01 — PENGENALAN

Dari istana Kedah, ke persada global

Silat Cekak merupakan salah satu cabang ilmu persilatan yang terbesar di dunia. Ia telah dizahirkan kembali pada 28 Disember 1965 oleh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad selaku Pengasas dan Pemimpin Agung Silat Cekak, yang mengadaptasikan seni budaya persilatan ini untuk dijadikan platform pembentukan modal insan bertaraf glokal pasca-globalisasi.

Bagi memastikan keaslian dan mutu Silat Cekak sentiasa terjamin, Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak telah menjenamakan warisan ini sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi — digerakkan oleh Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Silat Cekak Pusaka Hanafi merupakan satu-satunya organisasi silat yang telah beberapa kali menempa nama di dalam Malaysia Book of Records, dan julung kali di dalam Guinness World Records.

Rumah Syafie Darus, Batu 4¾, Jalan Gunung, Alor Setar.

Gambar arkib latihan Silat Cekak generasi awal.

  • Asal usul silat ini dari Kedah — sekitar tahun 1804, Silat Cekak merupakan seni bela diri eksklusif yang hanya diamalkan oleh para panglima kanan istana Kedah.
  • Dizahirkan kembali pada 28 Disember 1965 oleh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, dan diadaptasikan bersesuaian dengan zaman moden tanpa menyisihkan ciri-ciri asli peradaban seni budayanya.
  • Sistem pembelajarannya disusun secara sistematik dan dinamik — mudah dipelajari serta diajar secara berpakej, dengan penekanan khusus kepada asuhan jasmani dan rohani.
  • Kini dijenamakan sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi satu-satunya warisan ilmu Silat Cekak yang mempunyai susur galur sanad perguruan asli dan sah, di bawah teraju Kolonel Kehormat (PA) Dr Hj Md Radzi Hanafi selaku Pewaris Mutlak

02 — MISI & VISI

Hala tuju Persekutuan

Prinsip, konsep dan falsafah yang menjadi pemandu arah Silat Cekak Pusaka Hanafi.

MISI

Makan Cekak

Untuk melahirkan pengamal yang berkemahiran serta memiliki jati diri Muslim yang unggul, berasaskan Prinsip, Konsep dan Falsafah Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi.Untuk melahirkan pengamal yang berkemahiran serta memiliki jati diri Muslim yang unggul, berasaskan Prinsip, Konsep dan Falsafah Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi.Untuk melahirkan pengamal yang berkemahiran serta memiliki jati diri Muslim yang unggul, berasaskan Prinsip, Konsep dan Falsafah Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi.

VISI

Cekak (Gaduh)

Untuk menjulang martabat Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi dengan menjadikannya satu pergerakan yang memberi sumbangan positif kepada pengamal, ahli keluarga, masyarakat dan negara — berasaskan pegangan Tauhid yang jitu.

Objektif

01

Mendaulatkan seni budaya bangsa Malaysia, khususnya Silat Cekak Pusaka Hanafi, ke persada dunia sebagai identiti Silat Kebangsaan.

02

Membanteras segala perkara tahyul dan khurafat yang sinonim dengan ilmu persilatan, serta memodenkan ilmu persilatan khususnya Silat Cekak Pusaka Hanafi.

03

Menjadi institusi pembentukan jati diri insaniah bertaraf global, memupuk semangat perpaduan dan nasionalisme yang tinggi melalui acuan budaya Silat Cekak Pusaka Hanafi.

03 — LAMBANG RASMI

Setiap unsur membawa makna

Rasional di sebalik reka bentuk lambang rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi.

21 Segitiga Merah Membentuk Bintang Perisai

Menyematkan nilai keberanian dan ketahanan jatidiri kepada para pengamal dalam menjaga keselamatan, berdasarkan prinsip yang dipelajari daripada 21 buah matapelajaran SCPH.

Nama Silat Bertulisan Rumi & Jawi Berlatar Lengkungan Biru Gelap

Memartabatkan khazanah budaya Melayu seiringan dengan arus perdana pasca-globalisasi, sekaligus menerbitkan generasi yang baik dari segi jasmani dan rohani.

Tujuh Garis Jalur Merah & Putih Membentuk Struktur Lengkung

Menerapkan semangat cintakan negara dan menegaskan nilai perpaduan sebagai teras keutuhan negara dalam menghadapi cabaran anasir luar.

Bulatan Putih Dibaluti Garis Kuning & Hijau Membentuk Teras

Diterajui oleh teras utama yang terjamin keasliannya, kedaulatannya dan keluhurannya.

Dua Bilah Parang Lading

Kasih Ibu, Bapa dan Guru merupakan anugerah tidak ternilai, wajib dikenang jasanya. Penggunaan Parang Lading yang dikaitkan dengan Kedah Darul Aman membenarkan asal-usul SCPH.

Segemal Padi

Ilmu mendidik keperketian sesuai dengan pepatah “resmi padi semakin berisi semakin tunduk,” baik pada pengertian jasmani mahupun rohani.

Rasional Warna Rasmi

Biru

Kepimpinan & Keharmonian

Merah

Keberanian & Ketahanan

Kuning

Kedaulatan & Ketaatan

Putih

Keaslian & Kesucian

04 — PANTUN & PUISI

Warisan sastera Silat Cekak

Dicipta untuk memberi gambaran kepada penuntut bahawa Silat Cekak menekankan pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.

Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah Tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.

Lahirnya Cekak Bukan Berbangga,
Untuk Menghidup Kebudayaan Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Supaya Hidup Tidak Sia-Sia.

Silat Cekak Pusaka Pahlawan,
Bukannya Pelajaran Cara Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan.

Membentuk Adab Kepada Penuntut,
Disebab Jalannya Menjadi Pengikut,
Bukan Berbangga Kerana Disebut,
Kalau Dicaci Tidak Berserabut.

Mereka Fitnah Berbagai Bagai,
Tak Boleh Harap Betina Macam Keldai,
Perangai Mereka Macam Budak Nakal,
Itu Alamat Tak Sempurna Akal.

Banyak Penuntut Salah Sangka,
Bila Pandai Menunjuk Bangga,
Sifat itu Memang Dicela,
Akhirnya Pula Masuk Neraka.

Seni Silat,
Ia bukan lambang kudrat,
Tetapi,
Dialah perisai satu adat,
Zuriat dan daulat.

Seni Silat seni pusaka,
Ia tidak cuma perisai jiwa,
Malah,
Dialah obor pembakar semangat waja,
Dialah benteng wujud dan wibawa.

Sebuah bangsa dan nusa,
Dan mungkin,
Akan menjadi benteng-benteng sisa,
Untuk melaungkan,
“Tak Melayu hilang di dunia.”

Kerana silat dan perwira,
Semangatnya sekeras besi waja,
Seteguh kota Melaka,
Bak kata sumpah mereka:

“Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa kami serahkan.”

05 — LAGU RASMI

1 Suara, 1 Hati

Lagu rasmi Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

1 Suara, 1 Hati

Lirik

A. Aziz Darmawi

Lagu

Aidit Alfian

Penyayi

Azli Syamsul

Silat Cekak… Warisan Mulia
Mari… Pupuk Bersama
Seiringan Maju Negara
Warisan Usah Dilupa
Demi Agama dan Bangsa Perkasa

Guru… Sinar Cahaya
Asuh… Jiwa dan Raga
Kita Wajib Mengenang Jasa
Ibu Bapa Jangan Derhaka
Setia Sepakat Jangan Sengketa

Pusaka Hanafi
Ilmu Pelita Hati
Sedia Berkorban Bakti

Pusaka Hanafi
Perisai Jatidiri
Bunga Bangsa Pertiwi

Mari… Menggenggam Janji
Tabah… Setulus Budi
Satu Suara Satu Hati
Kita Julang Pusaka Suci
Gemilang Seni Di Persada Tinggi

Pusaka Hanafi
Ilmu Pelita Hati
Sedia Berkorban Bakti

Pusaka Hanafi
Perisai Jatidiri
Bunga Bangsa Pertiwi

Pusaka Hanafi
Warisan Suci Murni
Subur Kekal Abadi.