Misi

Memimpin dan membentuk serta menerapkan nilai-nilai murni diantara pengamal silat cekak dalam bentuk persilatan dan mempromosikan Seni Silat Melayu sebagai satu warisan kebangsaan.

Visi

 Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Silat Cekak Pusaka Hanafi dan membersihkan alam persilatan Melayu daripada segala unsur tahyul dan khurafat.

Logo rasmi

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia logo mempunyai 21 bucu yang melambangkan 21 buah di dalam sistem pembelajaran, parang lading sebagai senjata rasmi dan segengam padi melambangkan makin berisi makin menunduk.

Pantun

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.

Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah Tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.

Lagu

1 Suara, 1 Hati (Pusaka Hanafi)

Silat Cekak… Warisan Mulia
Mari… Pupuk Bersama
Seiringan Maju Negara
Warisan Usah Dilupa
Demi Agama dan Bangsa Perkasa

Guru… Sinar Cahaya
Asuh… Jiwa dan Raga
Kita Wajib Mengenang Jasa
Ibu Bapa Jangan Derhaka
Setia Sepakat Jangan Sengketa

Pusaka Hanafi
Ilmu Pelita Hati
Sedia Berkorban Bakti

Pusaka Hanafi
Perisai Jatidiri
Bunga Bangsa Pertiwi

Mari… Menggenggam Janji
Tabah… Setulus Budi
Satu Suara Satu Hati
Kita Julang Pusaka Suci
Gemilang Seni Di Persada Tinggi

Pusaka Hanafi
Ilmu Pelita Hati
Sedia Berkorban Bakti

Pusaka Hanafi
Perisai Jatidiri
Bunga Bangsa Pertiwi

Pusaka Hanafi
Warisan Suci Murni
Subur Kekal Abadi.

Lirik: A. Aziz Darmawi
Lagu: Aidit Alfian
Penyanyi: Azli Syamsul

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM) terdiri daripada:

0
Negeri
0
Negara
0
Kelas Persilatan
0
Ahli Aktif

United Kingdom

Australia

Arab Saudi

2023 @ Laman Rasmi Persekutuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia